|
|
Sambutan Hari
Kemerdekaan ke 51 |
 |
|
Acara Sambutan Ambang
Kemerdekaan |
|
30 Ogos, 2008 - Sambutan
sempena Hari Kemerdekaan Ke 51 peringkat Parlimen Sibuti telah
diadakan di Pekan Bekenu.
Pelbagai aktiviti telah
diadakan di Pekan Bekenu dan Niah (Sepupok). Aktiviti ini telah
dianjurkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan
kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah
Subis.
Acara bermula jam 7.30
pagi di Niah dengan Poco-Poco, sukaneka dan acara menanam pokok. |
 |
 |
|
Sukaneka |
Acara Menanam Pokok |
|
Pada tengaharinya pula,
konvoi berkereta bermula dari Niah menuju ke Pekan Bekenu. Sebanyak
45 buah kereta telah menyertai konvoi tersebut. |
 |
Pertandingan mewarna
diperingkat kanak-kanak dan dewasa di-adakan pada sebelah petang
disamping pertandingan memancing di Explanade Bekenu. |
|
Antara acara yang
diadakan pada malam ambang kemerdekaan adalah tarian kebudayaan dari
SMK Subis, Niah, Persembahan Nyanyian oleh artis jemputan,
Pertandingan Bermukun, Kibar Jalur gemilang dan laungan "MERDEKA"
pada detik 12 malam dan diikuti Persembahan Bunga Api, nyanyian Lagu
Negaraku dan lagu-lagu patriotik.
Majlis ini telah dihadiri
oleh YB. Tn. Hj. Ahmad Lai B. Bujang, Ahli Parlimen P.218 Sibuti, YB.
Pn. Rosey Bt. Yunus, Adun N61 Bekenu, En. Sait Enggang, Setiausaha
Majlis Daerah Subis, En. Dihi B. Mee, Pengerusi Kelab KRKK,
Ketua-ketua Jabatan, Ketua Masyarakat dan wakil-wakil dari PBB. |
|
|
|
Seminar
Kesedaran Alam Sekitar |
 |
|
29 Ogos, 2008 - Seminar
Kesedaran Alam Sekitar telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi dan
berakhir jam 12.00 tengahari. Seminar di bawah Local Agenda 21
(LA21) ini diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Subis.
Seramai 100 orang peserta
yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, Ahli-ahli MDS,
Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua Kaum, Ahli Persatuan dan Pertubuhan bukan Kerajaan
(NGO) dan murid-murid sekolah menghadiri seminar ini.
Tiga kertas kerja
dibentangkan iaitu, Pengenalan Kepada LA21 - faedah, isu dan
pengalaman MBM oleh Dayang Siti Nurbaya Awang Kipli, Isu, Kawalan
dan Peranan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Miri oleh Thony Douglas
dan Isu-isu Semasa Alam Sekitar oleh Christe Mansom dari Lembaga
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).
Objektif LA21 adalah
untuk mendedahkan masyarakat dan sektor swasta kepada isu-isu
pembangunan mampan dan tanggungjawab semua pihak termasuk MDS,
masyarakat setempat dan sektor swasta dalam menangani isu alam
sekitar. |
|
|
|
 |

 

|
 |