Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 25 Apr 2018
Versi 8.0.4b
Perutusan SetiausahaPerutusan Setiausaha

 

PERUTUSAN SETIAUSAHA  

 Salam Sejahtera, Salam ‘Walking Extra Miles’, dan Salam 1Malaysia.

Selamat datang ke Majlis Daerah Subis melalui alam maya siber yang kian canggih ini. Pembangunan laman web Majlis Daerah Subis ini adalah salah satu usaha pihak kita dalam mendekatkan diri dengan rakyat secara atas talian internet. 

Ianya juga bertepatan dengan saranan kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan penyebaran maklumat yang berkualiti serta efisien kepada rakyat melalui aplikasi ICT yang kian canggih. Laman web Majlis Daerah Subis ini yang berketerangan kendiri mengenai latar belakang organisasi, visi dan misi, peranan dan fungsi, skop perkhidmatan dan pencapaian Majlis Daerah Subis melalui paparan dalam alam maya siber ini akan memudahkan pelanggan berurusan dari semasa ke semasa di hujung jari di mana  sahaja mereka berada. Adalah menjadi harapan pihak kita agar dengan adanya laman web ini akan memudahkan juga rakyat untuk berurusan dengan kita dan mendapatkan maklumat secara atas talian. 

Slogan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, BERSATU BERUSAHA BERBAKTI dan ‘AN HONOUR TO SERVE’ harus menjadi pedoman dalam melaksanakan tugas harian di samping slogan Majlis Daerah Subis ‘Walking Extra Miles’. 

Sekian,terima kasih.


Lolita Jaime Nicholas, 

Setiausaha, 

Majlis Daerah Subis.